Wednesday, January 28, 2009

MIGRANE!!!!

Inilah yang terjadi kepada ku semalam..orang kata ia nya berpunca dari stress..

Yups..aku stress..sgt2!

Aku tau yang aku sekarang hanya bergantung sepenuhnya pada abangku yang hanya baru berumur 24tahun..

Tapi,salahkah ku untuk terus belajar dan menghabiskan ijazah sarjana aku ni?aku xnak buat kerja separuh jalan..aku xnak hidupku diperkotak katikkan oleh orang yang xbertanggungjawab. Aku xnak menumpang simpati orang lain mahupun keluarga sendiri atas alasan aku tiada kedua ibu bapa. Ape hina sangat ke xde parents ni?aku hanya nak jadi orang yang berilmu...itu impian aku dari aku kecik lagi.sebab tu aku tak malu n xgentar tok mendaftarkan diri dalam jurusan engineering walaupun aku takde basic langsung..

Ya!memang benar bila kita sambung belajar ni banyak menghabiskan duit,masa,dan umur kita sendiri..tambahan lagi kat uia yang terkenal university paling banyak contact hours nye..

Dan aku mengetahui kaum keluargaku hanya mahukan yang terbaik untuk diriku..mereka lebih dahulu makan garam..tapi aku hanya minta secebis kepercayaan untuk aku teruskan perjuangan ini.

Pernah juga mereka menyarankan aku tukar uni je..tapi aku ni jenis yang mudah terkesan dengan suasana..iman aku goyah sangat..tak tetap pendirian..macammana aku nak face dunia luar sedangkan aku pun xbersedia lagi..i have totally change when i entered n stdy in uia..bcoz of da situation here very-very different with others uni..i wont says dat others uni is bad..but i m bad when i m enter other uni.

Aku nekad je tok continue stdy ni..bialah xde sape yang support aku or sponser aku..yang penting Allah ade..kawan-kawanku pun ade..aku tau korang sume nak kan aku memegang segulung ijazah..walaupun berapa lama pun korang sanggup tggu kan..tapi aku xboleh patah semangat..tuh kata-kata korang yang buatkan aku terus terasa nak belajar.ikotkan dengan ape yang berlaku memang dah lama aku menjadi insane yang berputus asa..

Kalian yang selalu berada disamping aku walaupun diri ini selalu menyusahkan kalian semua..terima kasih sahabat..terima kasih..

Aku nekad dengan meneruskan pengajianku dalam bidang kejurteraan bioteknologi pengkhususan pembuatan plastic..insya ALLAH..semoga Allah membantu aku dalam jurusan dan keputusan yang telah aku istikharahkan ini...

Sunday, January 18, 2009

at-10-tion plizz!!!

ASSALAMMUALAIKUM..!
ATTENTION TO OL MY FRENZ N MY FAMILY!!!!

MY NUMBER 017-6984585 WILL BE TERMINATED TODAY!


~~actualy bukan aku nak terminate sangat pon no tuh cume hp aku hilang semalam..sedih bangat dong! tapi aku masih ade lagi 1 no..celcom..so jangan lah bimbang aku takkan melarikan diri lagi..hak3... =p ..

k to ol..u can text or call me as usuall using my celcom no.. 0132003109 ..

wsalam.. =)

Friday, January 16, 2009

INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJI'UN..

Tepat jam 10.10am aku menerima panggilan telefon dari abangku menyatakan ayah tiri ku dimasukkan ICU pagi tadi..terkejut dan terpana seketika..

Ya ALLAH!! banyak nye dosaku kepada dia..walaupun dia hanya membela ku seketika tetapi banyak juga jasa nya kepada diriku dan jua abangku..kalau mengikut dendam yang lepas,memang takkan padam lah..aku cuba serasional yang mungkin..puas aku tarik dan hembus nafas macam dalam cerita The Karate Kid...

adehhh..nak kene bagitau semua sedara ke??erm..aku menelefon nenek ku di Telok Mas.takot juga nak bgtau..takot laen plak yang jadi..erm..penuh diplomasi aku memberitahu mereka..alhamdulillah..setelah selesai aku dan adik beradik ku bergegas ke KPJ Specialist Seremban..

Alhamdulillah..sebenarnya ayah tiriku dimasukkan ke ICU kerana Denggi Berdarah dan Tekanan Darah Tinggi(High Blood Pressure)..

sekarang aku masih di Seremban...

doakan kesihatan ayah tiriku bertambah pulih ye...ameennn..

Wednesday, January 14, 2009

PLIZ VOTE!!!

There is a vote in CNN, Do you think Israel had right to attack Gaza We are loosing on the VOTING by 54% to 46%. Please Vote at, http://www.israel-vs-palestine.com Please forward this msg to all your contacts to vote agaisnt Israel


sedang aku leka ber ym..ade sepupu ku di melaka menghantar mesej di atas..lantas aku buka laman web tersebut..YA ALLAH!susahnya nak buka..erm..2 3 kali stuck!lepas lebih setengah jam baru aku boleh buka..erm...rase macam nak marah pon ade gak..sapelah yang sokong ISRAEL ni..geramnyeee..!
sampai sekarang aku tak boleh nak vote..internet terus stuck..kalian sahabat2 seperjuangan dan saudara2 seIslamku..mari kita vote palestin dan boycott Israel...!
TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR!!!~

Tuesday, January 13, 2009

BOYCOTT ISRAEL AND AMERICA!!!!!




salam saudara2 seislam ku...
marilah sama2 kita menyahut seruan untuk memboikot Amerika n Israel..
kalian sudah melihat betapa kejam nya dan zalimnya mereka kepada saudara2 kita..
takkan nak nengok je kan..
tindakan itu perlu..
biarlah tindakan itu tindakan yang bijaksana dan berstrategik..
bersatu!
bersatu!
bersatu!
dan
"sesungguhnya,senjata bagi orang mukmin adalah dengan doanya"


~~sebelum menulis entri ni aku menjelajah dulu ke blog2 yang aku suka menjelajah..tersinggah ke blog seorang abg GPTD.abg suhail.. terasa diri ini kosong..ape yang aku dah buat untuk saudara-mara ku di palestin?
sahabat dahulu,kalau seorang sakit yang lain turut merasa sakitnya..
aku??
masih lagi boleh memikir nak berjalan2 dan makan2..
Ya ALLAH!kerdilnya diri ini...lemahnya iman ini.. ='(


Monday, January 12, 2009

BERSATULAH!!!!

..::KETIKA HATI INGIN BERSUARA::..

Hati,
redhalah dengan ketentuan Ilahi
pasti ada hikmah menanti
walaupun terasa pahit menemani
tetapi, ingatlah pada yang pasti.

Hati,
mengapa meminta pada yang tak sudi?
mengapa menanti pada yang sedang menjauhi?
mengapa kedukaan juga yang dikehendaki?
walaupun mengetahui kekecewaan menanti?

Hati,
bisikkan kepada naluri yang dirimu ini
sangat mendambakan pengisian rohani,ketabahan,ketegasan dan kesabaran..
bukannya angan-angan seperti lagenda Mat Jenin
kelak takut menjadi seperti layang2layang yang terputus talinya.

Hati,
yakinlah jodoh adalah ditangan Ya RABBI!
buat apa sibuk nak mencari?
biarlah ia datang tepat pada masanya nanti
janji ALLAH itu pasti!

Ayuh,bangunlah!
kejarlah cita-citamu,
padamkanlah kenangan-kenangan lalu,
jadikanlah tauladan dalam perjalananmu,
pasti sirna kebahagiaan menantimu.

::nur cahaya(^_^)::
..::9/1/09-TQK::..


Duhai teman,
tika ini hatimu berbicara,
tika ini, imanmu bersuara,
tika ini, hidayah dan rahmat ilahi menyelubungi dirimu,
sedarlah teman,
nikmat ini kurniaan Ilahi,
dengarlah bisikan hatimu tika ini,
bulatkan tekadmu!!
jelaskan matlamatmu!
berhijrahlah duhai teman,
Allah pasti memerhatikan mujahadahmu ini,
seseungguhnya,Allah itu maha Adil dalam perhitungannya,
Allah pasti takkan mengecewakanmu..
wallahua'lam..

::cik ira comey::
..::9/1/09-TQK::..

~~pada hari kedua TQK baru2 ini,aku tetiba not in mood..lantas atas ketiadaan mood itu,aku meluahkan kata2 hatiku ini di atas sekeping kertas..hampir setengah hari aku berkeadaan demikian..pening kepala cik ira memujuk ku...honto gomenasai ira!!!!
aku bagi cik ira bace warkah hati ku itu lantas dia membalasnya..ape yang kelakarnya..kami ini bukanlah orang yang seni tapi memandai2 je nak buat puisi..bila kami baca balik..gelak n tersenyum penuh makna..hanya kami yang memahami..

HONTO ARIGATOU IRA!!!~

Thursday, January 8, 2009

akhirnya...

“Erti cinta sebenar..

Cinta amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrahkan oleh ALLAH swt kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahir kerana cinta intu adalah tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran yang bersatu di dalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,kasih pada yang merindu,rindulah pada yang meyayangimu. Cinta takkan hadir kalau tidak dicari. Cinta juga takkan ada kalau takde sape yang memberi. Tapi, mencari biarlah pada yang sudi bukan meminta pada yang simpati. Itulah erti sebenar cinta suci. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jka kamu salah seorang insane yang terlalu dicinta oleh sidia,tidak salah sekiranya kamu memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan hati dalam mencintai kamu. Tak kenal maka tak cinta. Sapa tau dialah insane tepat dan ideal buat kamu? Atau jodoh yang kamu nantikan selama ini?sebelum menolak, cuba dulu…semoga berjaya!!~”

18/12/2008 08:54am..

Begitulah mesej yang aku terima daripada seorang abang yang sangat meyayangiku sebagai adeq kandungnya sendiri..kewujudan nya kedalam hidupku memang selalu disalah ertikan oleh semua orang kerana aku lebih rapat dengan dia berbanding dengan abangku sendiri..semua masalah aku beritahunya..termasoklah bab2 kapel2 ni.bukan tidak boleh aku meminta nasihat dari kaum sejenisku tapi bagi aku ape yang ‘abang aku’ perkatakan merangkumi semua aspek.contoh terdekat seperti mesej di atas..


Sebagai seorang yang boleh lah dikategorikan sebagai muda(hihihi..dah nak masok 22tahun urk!!) perasaan ingin disayangi dan meyayangi adalah lumrah. Sehingga aku disedarkan dari lena yang panjang oleh seorang yang sangat rapat dengan aku semenjak ketiadaan abg kandungku disisi kerana menunaikan tugas dakwahnya. Dia seorang lelaki..dialah orang yang telah membuat aku selalu terfikir bahawa cinta sesame manusia ini tak pernah wujud sama sekali..hanya perasaan sayang sesame manusia. Cinta yang sebenarnya hanya lah untuk YA RABB dan RASULULLAH saw. Apabila seorang lelaki mendampingi seorang perempuan dan timbul perasaan sayang antara satu sama lain itu bukanlah cinta sejati takrifnya, lebih menjerumus kepada perasaan sayang sesame insane melebihi meyayngi dirinya sendiri.dats ol!but,ini hanya pandangan ku sahaja memandangkan aku belum lagi berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Tapi ape yang boleh diperkatakan disini, kalau cinta kita xkan mudah melepaskan seseorang tapi kalau sayang kita mudah untuk melepaskan seseorang kerana kita amat meyayangi nya dan inginkan kebahagiaan untuk nye..kalau cinta,kita akan mempunyai perasaan unuk memilikinya secara total atau mutlak. Ape yang kita perlukan secara mutlak??? Cinta ALLAH! Itulah yang paling tepat…


Cintakan bunga, bungakan layu,

Cintakan dunia, duniakan hancur,

Cintakan manusia, manusiakan mati.

Tetapi cintakan ALLAH,itulah yang abadi…


Setelah dimuhasabah, cintakah kita kepada Dia??

bagaimana untuk cinta kepada Dia??

bagaimana pula kita melayan orang yang meyayangi kita?

sama atau lebih atau kurang caranya daripada kita mencintai Dia??


Sedang aku leka menaip entri ini, aku menerima panggilan dari seorang rakan seperjuangan ku di uia ni..


“akma, aku sedih lihat hangpa ni..hang masih s*****g budak tuh lagi ka??”

“erm..susah nak cakap cik *****..aku bahagia sekarang..aku dah serahkan bulat2 kepada ketentuan Ilahi..ada jodoh,adalah..kalau takde,aku dah cukup bahagia mendengar dia bahagia.”

“tapi, kalau hang nak aku cakap kat budak tuh ke yang hang masih s*****g kat dia lagi x?”

“uikz..buat ape…orang dah buang kita..takkan nak meminta..”..lantas aku teringat mesej abg angkat ku..

“dah lah..aku taknak fikir sekarang ni.banyak program yang menanti khidmat aku..aku belum habis berkhidmat lagilah..”

“akma,aku dengaq hang nak berhenti belajar?betul ke??”

Sapalah plak yang menghebahkan ni….huhuhu….susahnya nak cakap…

“kawan ku yang disayangi,aku belum pun buat keputusan..macammane bole tersebar ni..masok ni dah hampir 20orang yang bertanya..biol otak aku tau…bagi aku jumpa Dia dulu.sebarang keputusan akan ku beritahu ya…jangan risau,aku takkan lupakan ko punya..hak3..”


….lebih sejam aku bersembang dengan dia…macam2 yang kami sembangkan..dari zaman sekolah sampai lah ke peringkat universiti..


Ape yang memeningkan aku adalah..kuat ke
aku menghadapi dugaan ni??melepaskan orang yang disayangi dan melepaskan pelajaran yang sudah sampai kepertengahan jalan..buntu fikiranku..


Kaunselor telah kutemui..geng2 aku telah mengetahui..ade segelintir family ku pun telah diberitahu…semua memberi nasihat yang serupa..


Make your own decision..and be responsibility for what you are doing..


Istikharahku pula lebih kepada ape yang aku mahu…




Betul ke tindakan aku ni?aku tak nak mengecewakan insan2 yang aku sayang..insan2 yang telah mengorbankan segalanya untuk aku..bila lagi aku mahu membalas jasa2 mereka..hurmmm…

Sedang aku menulis entri ini..dapat pula mesej daripada kawanku di uia kuantan..


“sometimes kita berdoa utk kuat tp kenapa byk dugaan,sometimes kte minta cerdik tp masalah pula yang timbul, sometimes kita minta kebahagian tp huru hara plak..,dugaan menjadikan mental kte kuat, msalah m’jadikan kte berfikir, huru hara m’jadikan kita tabah. Hebat tak ALLAH?semua ade hikmah..kalau manusia tahu hadis ini: ‘telah berkata Jibrail, Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu,maka ALLAH menjawab: biarkan hamba Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya..”

Hebatnya Dia….


Terfikir seketika…bersyukurlah nor akmar!!! Bangun dari bermain2!! Buktikan yang kau bukan lemah!!! takbir!ALLAHUAKBAR!!!~

Tuesday, January 6, 2009

tekad!!

entri kali ni aku sangat2 lah bersedih dan terharu..

sebelum bergerak ke bandung hari tu,aku dah tanam tekad yang aku takkan pandang ke belakang lagi..tapi selepas pulang,lain pula jadinya.aku semakin tak bersemangat.dugaan demi dugaan.mimpi demi mimpi.trauma aku dibuatnya..

kenapa?mengapa?bagaimana?

tadi dengan kekuatan yang sangat2 nipis,aku berseorangan di cafe edu..kawan2ku yang lain semua ade kelas.aku?tuang kelas.tawar sangat2.hambar.dan sekelip mata je aku menangis kat situ.dah tak malu pon.boleh dikatakan aku seorag yang agak malu tok menangis di khalayak ramai n yang tak dikenali.tapi tadi aku tewas.puas sudah aku tahan...

ku kumpulkan semangat yang rapuh.
akan ku bangkit dari segala permasalahat ku kali ini.
anything is my responsible.
this is my decision
thank you for those who always supporting me.
kata2 nasihat,gurauan,cacian,pelemah semangat akan ku garap semuanya untuk menjadikan diri ini kuat dan tabah semula.
hilangnya diriku bukan bererti aku pengecut
berundurnya aku bukan bererti aku kalah.
everything is in His hand,i juzt want to get His blesses not others.
i have nothing now n ever only Him...


Sunday, January 4, 2009

Prahara Nakbah Palestin

Langit Genting gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Salibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah,masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapada.

Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
mengesyaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadah dibom pada muka hari hijri.

Wahai Zionis,
Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah yang terpahat
Dalam semangat hijrah pejuang tak pernah kalah
Biarpun Zionis tak kenal lelah
Ruh jihad palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar maker.

Gema perjuangan sekian dekad tetap bertalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa semngat seagama.

Nakbah ini tak akan lestari
Gharqad pasti layu di tanah Al-Ayyubi.

Nukilan- ROZAIS AL-ANAMY
Pasir mas, Kelantan.


~~puisi ini aku ambil dari akhbar mingguan Malaysia.sedih aku membcanya..terbayang-bayang di kelopak mata kesengsaraan,kepedihan,kekalutan dan semangat jihad saudara disana..

"YA ALLAH,satukan lah hati2 kami dalam menangani musuh-musuh Islam.Kau berilah petunjuk kepada kami dan mereka ke jalan yang Kau redhai.Kau limpahkanlah rahmat berserta hidayah ke seluruh alam.Kau tanamkan lah sifat berkasih sayang dalam hati-hati Ummat Nabi SAW.Kau ampunkanlah dosa-dosa kami..pancarkan NUR iman dan Islam ke serata alam..Kau lah Tuhan yang MAHA AGUNG lagi MAHA PENYAYANG.Kau lah jua RABBUL IZZATI.Kau yang MAHA MENGETAHUI segala sesuatu. lorongkanlah hati-hati kami ke jalan MU. Ammenn Ya Rabbal 'Alamin..."

Thursday, January 1, 2009

MORNINGMARE!!

semalam adelah majlis khatam quran bagi hero2 dan jaguh2 Megat Wah...
seharian berpenat lelah dan petangnye semua mengambil port masing2.aku nak jugak..tapi..maluuuu!memandangkan sepupu2 dan sedara2 laen ramai lelaki..lagilah malu..erm...aku wat keputusan tuk balik damansara..opah bising..aku wat dunno jer..tak larat nak buka mata..huhu..drive sendiri sebab abg aku pegi banting kejap.

sampai damansara,bersihkan diri n habiskan amal infradi..after isyak aku terus tumbang tak sedar diri..penat..tapi sempat gak msg dgn yunus..hehe..

pukul 1206pagi-aku terima panggilan dari seorang yang telah aku pinggirkan kerana sebab2 tertentu..besday die dah..aku lupe..aduh..seminggu kene bertahan tuh..celcom2..

then ak tido balik..

subuh kul 6pagi..

aku still keletihan..

sambung tido kul 8pagi..

then terjage kul 11.30pagi..
dasat urk anak dare..hahha..

tapi pe yang aku focuskan adelah mimpi aku pada kul 8-11.30pg..

"aku menjemput adq PEPIM-yunus kerumahku di damansara.then mamat ni plak die g invite semua la pelajar2 ntah mane2 agak nye(merapukan?)..kunun2nye nak lantik orang bace doa..then terfikirkan seseorang..pada mase yang sama budak tuh pun muncul.pelik..takkan yunus jemput die gak?erm..layan..aku pon call die..damn!!die tetap xmau angkat fon..maybe betol la die dah buang aku dari hidupnya tapi takkan nak mintak tolong bace doa pon xboleh..pe daa..

then,tetiba datang kawan2 ku bawa seorang perempuan yang mengaku kunun nya jgn ganggu BF nye.amboiii..geram gak..nape lak..then die tunjuk kan msg2 budak tuh kat aku.terkedu...terkesima..n semua ter la..mcm nak nangis pun ade..erm..aku pasrah..dah xde jodoh..die dah ade pengganti..

sedih?sudah tentu..aku terus melarikan diri dari majlis tuh..pegi ke daerah yang aku pon xtau..aku menangis dan terus menangis..kerana apa?kecewa..sudah tentu..amat sangat..sakit gila..selama ni aku ingat dia seperti diriku..menunggu dan berharap hubungan akan kembali terjalin selepas tamat belajar dan seterusnya ke peringkat yang terakhir..tapi..semuanya musnah..hanya aku seorang yang berharap..

then aku terus tersedar..."

ape maksud mimpi ni?
aku takot...takot kehilangan dan takot untuk berharap lagi...

my holiday~

Maaflah setelah sekian lame aku tek menjenguk blog ku..2minggu..lame la sangat kn..hehe..bz?xpon..aku mengahbiskan cuti krismas n cuti tahun baru dengan melawati pelbagai tempat..banyak sangat ke tempatnya??
  • Bandung (25/12-28/12)
  • Hospital Melaka(29/12/08)
  • Damansara Specialist Hospital(29/12/08-1/1/09)
  • hisbah ruqqayah (31/12/08)
  • opah'house at sungai buloh ade majlis khatam quran (1/1/09)
  • my home at damansara (setiap hari balik rumah sebab nak ambil pakaian baru)
kat bandung ade jugak aku on9 n update blog aku..tp nak surf internet tak cukup mase r...

pic2 aku kat bandung plak enggak boleh diterbitkan..bahaya..ade yang memarahi dan mengundang rasa kecewa..hahaha..

masa di rumah opah,kami sekeluarga digemparkan dengan video anak2 sedara ku..rupa2nya sedang nyenyak kami semua tido,mereka ni wat projek.uat rakaman album la kunun nye..ade bakat terpendam la katekan..muat 1 cd tuh..nk masok kat sini n youtube..tapi opah ku tak membenarkan..

yang dekat hospital tuh..almaklum lah..hospital ade lah rumah ketiga ku selepas rumah ku dan kampusku..hehehe..

erm..macam tuh la sedikit sebanyak perkara yang membuatkan ku bz sgt2 sampai xsempat nk buka blog n update..