Thursday, January 8, 2009

akhirnya...

“Erti cinta sebenar..

Cinta amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrahkan oleh ALLAH swt kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahir kerana cinta intu adalah tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran yang bersatu di dalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,kasih pada yang merindu,rindulah pada yang meyayangimu. Cinta takkan hadir kalau tidak dicari. Cinta juga takkan ada kalau takde sape yang memberi. Tapi, mencari biarlah pada yang sudi bukan meminta pada yang simpati. Itulah erti sebenar cinta suci. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jka kamu salah seorang insane yang terlalu dicinta oleh sidia,tidak salah sekiranya kamu memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan hati dalam mencintai kamu. Tak kenal maka tak cinta. Sapa tau dialah insane tepat dan ideal buat kamu? Atau jodoh yang kamu nantikan selama ini?sebelum menolak, cuba dulu…semoga berjaya!!~”

18/12/2008 08:54am..

Begitulah mesej yang aku terima daripada seorang abang yang sangat meyayangiku sebagai adeq kandungnya sendiri..kewujudan nya kedalam hidupku memang selalu disalah ertikan oleh semua orang kerana aku lebih rapat dengan dia berbanding dengan abangku sendiri..semua masalah aku beritahunya..termasoklah bab2 kapel2 ni.bukan tidak boleh aku meminta nasihat dari kaum sejenisku tapi bagi aku ape yang ‘abang aku’ perkatakan merangkumi semua aspek.contoh terdekat seperti mesej di atas..


Sebagai seorang yang boleh lah dikategorikan sebagai muda(hihihi..dah nak masok 22tahun urk!!) perasaan ingin disayangi dan meyayangi adalah lumrah. Sehingga aku disedarkan dari lena yang panjang oleh seorang yang sangat rapat dengan aku semenjak ketiadaan abg kandungku disisi kerana menunaikan tugas dakwahnya. Dia seorang lelaki..dialah orang yang telah membuat aku selalu terfikir bahawa cinta sesame manusia ini tak pernah wujud sama sekali..hanya perasaan sayang sesame manusia. Cinta yang sebenarnya hanya lah untuk YA RABB dan RASULULLAH saw. Apabila seorang lelaki mendampingi seorang perempuan dan timbul perasaan sayang antara satu sama lain itu bukanlah cinta sejati takrifnya, lebih menjerumus kepada perasaan sayang sesame insane melebihi meyayngi dirinya sendiri.dats ol!but,ini hanya pandangan ku sahaja memandangkan aku belum lagi berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Tapi ape yang boleh diperkatakan disini, kalau cinta kita xkan mudah melepaskan seseorang tapi kalau sayang kita mudah untuk melepaskan seseorang kerana kita amat meyayangi nya dan inginkan kebahagiaan untuk nye..kalau cinta,kita akan mempunyai perasaan unuk memilikinya secara total atau mutlak. Ape yang kita perlukan secara mutlak??? Cinta ALLAH! Itulah yang paling tepat…


Cintakan bunga, bungakan layu,

Cintakan dunia, duniakan hancur,

Cintakan manusia, manusiakan mati.

Tetapi cintakan ALLAH,itulah yang abadi…


Setelah dimuhasabah, cintakah kita kepada Dia??

bagaimana untuk cinta kepada Dia??

bagaimana pula kita melayan orang yang meyayangi kita?

sama atau lebih atau kurang caranya daripada kita mencintai Dia??


Sedang aku leka menaip entri ini, aku menerima panggilan dari seorang rakan seperjuangan ku di uia ni..


“akma, aku sedih lihat hangpa ni..hang masih s*****g budak tuh lagi ka??”

“erm..susah nak cakap cik *****..aku bahagia sekarang..aku dah serahkan bulat2 kepada ketentuan Ilahi..ada jodoh,adalah..kalau takde,aku dah cukup bahagia mendengar dia bahagia.”

“tapi, kalau hang nak aku cakap kat budak tuh ke yang hang masih s*****g kat dia lagi x?”

“uikz..buat ape…orang dah buang kita..takkan nak meminta..”..lantas aku teringat mesej abg angkat ku..

“dah lah..aku taknak fikir sekarang ni.banyak program yang menanti khidmat aku..aku belum habis berkhidmat lagilah..”

“akma,aku dengaq hang nak berhenti belajar?betul ke??”

Sapalah plak yang menghebahkan ni….huhuhu….susahnya nak cakap…

“kawan ku yang disayangi,aku belum pun buat keputusan..macammane bole tersebar ni..masok ni dah hampir 20orang yang bertanya..biol otak aku tau…bagi aku jumpa Dia dulu.sebarang keputusan akan ku beritahu ya…jangan risau,aku takkan lupakan ko punya..hak3..”


….lebih sejam aku bersembang dengan dia…macam2 yang kami sembangkan..dari zaman sekolah sampai lah ke peringkat universiti..


Ape yang memeningkan aku adalah..kuat ke
aku menghadapi dugaan ni??melepaskan orang yang disayangi dan melepaskan pelajaran yang sudah sampai kepertengahan jalan..buntu fikiranku..


Kaunselor telah kutemui..geng2 aku telah mengetahui..ade segelintir family ku pun telah diberitahu…semua memberi nasihat yang serupa..


Make your own decision..and be responsibility for what you are doing..


Istikharahku pula lebih kepada ape yang aku mahu…




Betul ke tindakan aku ni?aku tak nak mengecewakan insan2 yang aku sayang..insan2 yang telah mengorbankan segalanya untuk aku..bila lagi aku mahu membalas jasa2 mereka..hurmmm…

Sedang aku menulis entri ini..dapat pula mesej daripada kawanku di uia kuantan..


“sometimes kita berdoa utk kuat tp kenapa byk dugaan,sometimes kte minta cerdik tp masalah pula yang timbul, sometimes kita minta kebahagian tp huru hara plak..,dugaan menjadikan mental kte kuat, msalah m’jadikan kte berfikir, huru hara m’jadikan kita tabah. Hebat tak ALLAH?semua ade hikmah..kalau manusia tahu hadis ini: ‘telah berkata Jibrail, Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu,maka ALLAH menjawab: biarkan hamba Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya..”

Hebatnya Dia….


Terfikir seketika…bersyukurlah nor akmar!!! Bangun dari bermain2!! Buktikan yang kau bukan lemah!!! takbir!ALLAHUAKBAR!!!~

No comments: